KKM juga ingin memaklumkan terdapat sembilan (9) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

1. KLUSTER HARUM

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di negeri Johor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 2 Januari 2021 melalui saringan bersasar di tempat kerja. Sehingga 2 Januari 2021, sejumlah 435 individu telah disaring, di mana 206 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

2. KLUSTER TAPAK BINA CASUARINA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Sepang dan Petaling di negeri Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 27 Disember 2020 melalui saringan bersasar di tempat kerja. Sehingga 2 Januari 2021, sejumlah 289 individu telah disaring, di mana 53 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

3. KLUSTER BATU LAPAN

Kluster ini melibatkan daerah Tambunan, Ranau dan Kota Belud di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-101678) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 26 Disember 2020 melalui saringan kontak rapat. Sehingga 2 Januari 2021, sejumlah 341 individu telah disaring, di mana 52 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

4. KLUSTER JALAN BBN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 18 Disember 2020 melalui saringan bersasar di tempat kerja. Sehingga 2 Januari 2021, sejumlah 63 individu telah disaring, di mana 27 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

5. KLUSTER DEWANI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 2 Januari 2021 melalui saringan bersasar di tempat kerja. Sehingga 2 Januari 2021, sejumlah 147 individu telah disaring, di mana 25 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

6. KLUSTER RENGGAM

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling, Sepang dan Klang di negeri Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 29 Disember 2020 melalui saringan bersasar di tempat kerja. Sehingga 2 Januari 2021, sejumlah 1,000 individu telah disaring, di mana 20 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

7. KLUSTER BELUKAR

Kluster ini melibatkan daerah Machang di negeri Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-103887) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 26 Disember 2020 melalui saringan individu dari kawasan berisiko tinggi. Sehingga 2 Januari 2021, sejumlah 194 individu telah disaring, di mana 17 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

8. KLUSTER KOLAM PERMAI

Kluster ini melibatkan daerah Kuala Terengganu dan Kemaman di Terengganu serta daerah Petaling di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-109314) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 30 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 2 Januari 2021, sejumlah 93 individu telah disaring, di mana sembilan (9) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

9. KLUSTER MADOR

Kluster ini melibatkan daerah Meradong dan Sibu di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-110418) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 30 Disember 2020 melalui saringan individu dari kawasan berisiko tinggi. Sehingga 2 Januari 2021, sejumlah 322 individu telah disaring, di mana lapan (8) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Next Post Previous Post