Kluster Baharu : KLUSTER PULAU

KLUSTER PULAU

KKM ingin memaklumkan bahawa satu kluster baharu telah dikenalpasti di Kunak, Sabah. Kes indeks kluster (iaitu kes ke-9940) adalah seorang wanita warganegara Malaysia yang berusia 68 tahun. Beliau ditemui tidak sedarkan diri di rumah dan dibawa ke Hospital Kunak, dan kemudiannya dirujuk ke Hospital Tawau bagi rawatan serangan jantung, strok dan penyakit hati di mana saringan COVID-19 didapati positif pada 13 September 2020. Beliau kini dirawat Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan. Hasil saringan kontak rapat dan pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection), lapan (8) lagi kes positif COVID-19 telah dikesan. Kesemua 8 kes merupakan ahli keluarga kes indeks.

Sehingga 15 September 2020, sejumlah 128 individu telah disaring dalam kluster ini yang terdiri daripada 109 warganegara dan 19 bukan warganegara. Daripada jumlah ini:

  • 9 kes dikesan positif COVID-19;
  • 18 individu negatif; dan
  • 101 individu masih menunggu keputusan.

Langkah pencegahan penularan jangkitan seperti proses nyah kuman dan pembersihan telah dijalankan di lokasi-lokasi yang dikenalpasti. Punca jangkitan masih di dalam siasatan dan aktiviti mengawal penularan jangkitan bagi kluster ini giat dijalankan di lapangan.

Next Post Previous Post