COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

Nilai R Semasa di Malaysia (27/08/2020)

Rujuk : FB KKM

Sebagaimana semua sedia maklum, nilai Rt arau R naught (R0) adalah merujuk kepada kebolehjangkitan sesuatu virus pada permulaan sesuatu wabak di dalam masyarakat, iaitu secara puratanya berapa ramai orang yang boleh dijangkiti oleh kes tersebut. Rt (R0) tertinggi yang direkod di Malaysia adalah 1.37 pada 22 Julai 2020 dan Rt (R0) terendah adalah 0.58 pada 4 Ogos 2020. Selepas 4 Ogos 2020, kluster-kluster baru mula dilaporkan di Malaysia termasuklah Kluster Tawar dan Rt (R0) telah meningkat. Pada 26 Ogos 2020, Rt (R0) yang dilaporkan adalah 0.74.

KKM sentiasa berusaha untuk mengurangkan Rt (R0) kepada kurang daripada 1 secara berterusan. Ia membantu memutuskan rantaian penularan jangkitan COVID-19 di Malaysia. Oleh itu, masyarakat diminta untuk terus patuh kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) COVID-19 yang ditetapkan oleh kerajaan

Previous Post