COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

Status terkini Bagi EMPAT (4) Kluster Di Sabah

Kluster Benteng LD

Terdapat 27 kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Benteng LD pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak 578 kes. Sehingga 20 September 2020 jam 12 tengah hari, sejumlah 8,627 individu telah disaring dalam kluster ini. Pecahan jumlah saringan mengikut daerah adalah seperti berikut:

Tawau (6,345 disaring);

  • 426 kes dikesan positif COVID-19 (27 kes baharu);
  • 4,120 individu negatif; dan
  • 1,799 individu menunggu keputusan.

Lahad Datu (2,281 disaring):

  • 151 kes dikesan positif COVID-19;
  • 1,306 individu negatif; dan
  • 824 individu menunggu keputusan.

Sandakan (1 disaring):

  • Satu (1) kes dikesan positif COVID-19.

Berdasarkan keseluruhan saringan bagi kluster ini, pecahan saringan melibatkan:

  • 1,520 banduan dan tahanan di mana 475 kes dikesan positif COVID-19;
  • 1,158 kakitangan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Lahad Datu dan Penjara Tawau di mana 24 kes dikesan positif COVID-19;
  • 1,394 ahli keluarga kepada kakitangan, banduan dan tahanan di mana 26 kes dikesan positif COVID-19;
  • 1,241 pegawai agensi kerajaan lain di mana tiada kes dikesan positif COVID-19; dan
  • 3,314 kontak sosial di mana 53 kes dikesan positif COVID-19.

Daripada jumlah 578 kes positif COVID-19, 287 adalah di kalangan warganegara Malaysia manakala 291 adalah bukan warganegara yang melibatkan negara:

  • Filipina (191 kes); dan
  • Indonesia (100 kes).

Ingin dimaklumkan bahawa jumlah kes akan sentiasa dikemaskini dan kategori bagi kes positif mungkin akan berubah bergantung kepada maklumat terkini hasil siasatan di lapangan.


Kluster Selamat

Terdapat dua (2) kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Selamat pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak tujuh (7) kes. Sehingga 20 September 2020 jam 12 tengah hari, sejumlah 213 individu telah disaring dalam kluster ini. Pecahan jumlah saringan adalah seperti berikut:

  • Tujuh (7) kes dikesan positif COVID-19 (2 kes baharu); dan
  • 206 individu masih menunggu keputusan. Kesemua tujuh (7) kes positif COVID-19 dalam kluster ini melibatkan warganegara Malaysia.


Kluster Bakau

Terdapat satu (1) kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Bakau pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak empat (4) kes. Sehingga 20 September 2020 jam 12 tengah hari, sejumlah 162 individu telah disaring dalam kluster ini. Pecahan jumlah saringan adalah seperti berikut:

  • Empat (4) kes dikesan positif COVID-19 (1 kes baharu); dan
  • 158 individu menunggu keputusan. Empat (4) kes positif COVID-19 dalam kluster ini melibatkan dua (2) kes warganegara Malaysia dan dua (2) kes bukan warganegara (Filipina).


Kluster Pulau

Terdapat satu (1) kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Pulau pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak 15 kes. Sehingga 20 September 2020 jam 12 tengah hari, sejumlah 402 individu telah disaring dalam kluster ini. Pecahan jumlah saringan mengikut daerah adalah seperti berikut:

Kunak (327 disaring):

  • 12 kes dikesan positif COVID-19 (1 kes baharu);
  • 133 individu negatif; dan
  • 182 individu menunggu keputusan.

Semporna (75 disaring):

  • Tiga (3) kes dikesan positif COVID-19; dan
  • 72 individu masih menunggu keputusan.

Daripada jumlah 15 kes positif COVID-19, 13 adalah di kalangan warganegara Malaysia manakala dua (2) adalah warganegara Filipina.

Saringan kontak rapat dan aktiviti pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) bagi kluster-kluster ini masih diteruskan dan status terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.


PERKEMBANGAN SARINGAN COVID-19 DI KAWASAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DIPERKETATKAN (PKPD) SECARA PENTADBIRAN DI KEDAH DAN SABAH

Sehingga 20 September 2020, terdapat tiga (3) lokaliti Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKDP) Secara Pentadbiran yang masih aktif. Dua (2) lokaliti berada di Kedah iaitu Amanjaya dan Kota Setar, manakala satu (1) lokaliti di Sabah iaitu Penjara Tawau dan Kuarters.

1.PKPD Secara Pentadbiran Amanjaya, Kedah

PKPD Amanjaya bermula pada 28 Ogos 2020, melibatkan tiga (3) zon di Amanjaya; iaitu Zon Kenanga, Zon Mawar dan Zon Melor. Tempoh PKPD ini dilanjutkan sehingga 26 September 2020 di Zon Melor selepas 13 kes baru dikesan di zon tersebut pada hari ke-13 PKPD dilaksanakan. Sehingga kini, seramai 13,591 individu telah disaring di mana;

  • 16 individu dikesan positif COVID-19; dan
  • 13,575 individu dikesan negatif COVID-19.

Kesemua 16 kes positif adalah warganegara Malaysia. Sebanyak 600 sampel ulangan telah diambil dari Zon Melor pada 19 September 2020 dan masih menunggu keputusan.

2. PKPD Secara Pentadbiran Kota Setar, Kedah

PKPD Kota Setar bermula pada 11 September 2020 dan dijangka tamat pada 25 September 2020. Seramai 17,954 individu telah disaring di mana;

  • 17 kes dikesan positif COVID-19 selepas 13 September 2020 (Kluster Sungai 13 kes dan tidak terlibat dengan mana-mana kluster 4 kes);
  • 17,320 individu dikesan negatif COVID-19; dan
  • 617 individu masih menunggu keputusan.

Kesemua 17 kes positif adalah warganegara Malaysia.

3. PKPD Secara Pentadbiran di Penjara Tawau dan Kuarters, Sabah

Kerajaan telah turut mengambil keputusan untuk menjalankan PKPD Secara Pentadbiran di Penjara Tawau dan 8 Kuarters pada 11 September 2020, susulan dari peningkatan kes dalam Kluster Benteng LD di Tawau. Saringan kluster ini telah meliputi seramai 6,345 individu di mana:

  • 426 individu dikesan positif COVID-19;
  • 4,120 individu dikesan negatif COVID-19; dan
  • 1,799 masih menunggu keputusan.

Daripada 426 kes positif, 206 melibatkan warganegara dan 220 melibatkan bukan warganegara.

Next Post Previous Post