COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

SATU (1) KLUSTER BAHARU DILAPORKAN HARI INI (12/11/2020)

KKM ingin memaklumkan terdapat satu (1) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu Kluster Teluk. Kluster ini melibatkan daerah Kota Kinabalu di Sabah. Tiga kes indeks bagi kluster ini telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan di tempat kerja pada 9 dan 10 November 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 27 lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth dan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah Bangunan Kompleks Sukan Likas

Sehingga 12 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 128 individu telah disaring, di mana:

  • 30 kes dikesan positif COVID-19 (27 kes baharu);
  • 97 individu dikesan negatif; dan
  • Satu (1) individu masih menunggu keputusan.

Next Post Previous Post