KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat empat (4) kluster baharu telah dikenalpasti pada hari ini iaitu di:

  • Sabah (2 kluster);
  • Selangor (1 kluster); dan
  • Johor (1 kluster).

KLUSTER JALAN BOMBA, SABAH

Kes indeks bagi kluster iaitu kes ke-11110 merupakan lelaki warganegara Malaysia yang mempunyai sejarah perjalanan ke Semporna, Sabah pada 20 September 2020. Kes bergejala demam dan batuk dan didapati positif COVID-19 pada 28 September 2020. Kes telah dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan. Hasil saringan kontak rapat mendapati dua (2) lagi kes positif COVID-19 pada 28 September 2020.

Pengenalpastian kontak rapat dan saringan masih lagi diteruskan oleh Pejabat Kesihatan Kawasan Sandakan. Punca jangkitan masih dalam siasatan.


KLUSTER JALAN UTARA, SABAH

Kluster ini dikenalpasti hasil saringan petugas kesihatan di sebuah institut latihan di Sandakan, Sabah. Dua (2) petugas kesihatan telah dikesan positif COVID-19 pada 28 September 2020. Mereka tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent Sandakan.

Pengenalpastian kontak rapat dan saringan masih lagi diteruskan oleh Pejabat Kesihatan Kawasan Sandakan. Punca jangkitan masih dalam siasatan.


KLUSTER BENTENG PK, SELANGOR

Kluster ini dikenalpasti hasil saringan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di Klang, Selangor. Saringan tersebut telah dijalankan dari 16 hingga 25 September 2020 di mana lapan (8) orang PATI dikesan positif COVID-19. Hasil saringan kontak rapat mendapati satu (1) lagi kes positif bagi kluster ini pada 28 September 2020 yang melibatkan anggota polis. Mereka telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Sehingga kini, seramai 148 individu telah disaring. Keputusan saringan adalah seperti berikut:

  • 9 kes positif COVID-19; dan
  • 139 dikesan negatif.


KLUSTER BAKAWALI, JOHOR

Kes indeks bagi kluster ini iaitu kes ke-10911 dan kes ke-10912 merupakan pasangan suami isteri warganegara Malaysia yang mempunyai sejarah perjalanan ke Semporna, Sabah pada 13 September 2020 sehingga 18 September 2020. Pada 24 September 2020, kedua-dua kes bergejala demam, selesema dan batuk yang kemudian mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Mereka didapati positif COVID-19 pada 26 September 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom, Johor.

Hasil saringan kontak rapat mendapati dua (2) lagi kes positif bagi kluster ini. Sehingga 29 September 2020, seramai 25 individu telah disaring. Keputusan saringan adalah seperti berikut:

  • Empat (4) kes dikesan positif COVID-19;
  • 13 individu negatif; dan
  • Lapan (8) individu masih menunggu keputusan.

Langkah pencegahan jangkitan termasuk proses nyah kuman dan proses pembersihan telah dijalankan di lokasi-lokasi yang terlibat. Punca jangkitan adalah masih dalam siasatan bagi kesemua kluster.

Next Post Previous Post