Status Terkini Kluster BENTENG LD, Kluster BUNGA dan KLUSTER SUNGAI

Kluster Benteng LD

Sehingga 14 September 2020 jam 12 tengah hari, sejumlah 5,402 individu telah disaring dalam Kluster Benteng LD dan sebanyak 17 kes baharu telah dikesan positif COVID-19. Pecahan jumlah saringan mengikut daerah adalah seperti berikut:

Lahad Datu (1,421 disaring):

  • 89 kes dikesan positif COVID-19 (1 kes baharu);
  • 907 individu negatif; dan
  • 425 individu menunggu keputusan.

Tawau (3,981 disaring);

  • 331 kes dikesan positif COVID-19 (16 kes baharu);
  • 915 individu negatif; dan
  • 2,735 individu menunggu keputusan.

Berdasarkan keseluruhan jumlah saringan bagi kluster ini, pecahan saringan melibatkan:

  • 913 banduan dan tahanan di mana 391 kes dikesan positif COVID-19;
  • 987 kakitangan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Lahad Datu dan Penjara Tawau di mana 10 kes dikesan positif COVID-19;
  • 1,234 ahli keluarga kakitangan dan banduan di mana sembilan (9) dikesan positif COVID-19;
  • 881 pegawai agensi kerajaan lain, tiada dikesan positif COVID-19; dan
  • 1,387 kontak sosial di mana 10 dikesan positif COVID-19.

Daripada jumlah 420 kes positif COVID-19, 185 adalah di kalangan warganegara Malaysia manakala 235 adalah bukan warganegara yang melibatkan negara:

  • Filipina (153 kes); dan
  • Indonesia (82 kes).


Kluster Bunga

Sehingga 14 September 2020 jam 12 tengah hari, seramai 59 individu telah disaring dalam kluster ini. Empat (4) kes baharu dilaporkan dalam kluster ini melalui persampelan kedua bagi sejumlah 22 krew kapal yang masih berada di atas kapal yang berlabuh di Port Dickson. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 dalam kluster ini adalah 10 kes. Pecahan saringan mengikut negeri yang terbabit adalah seperti berikut:

Selangor (10 individu disaring):

  • Empat (4) kes dikesan positif COVID-19; dan
  • Enam (6) individu negatif.

Negeri Sembilan (45 disaring);

  • Enam (6) kes dikesan positif COVID-19 (empat (4) kes baharu); dan
  • 39 individu negatif.

Terengganu (empat (4) disaring: semua negatif);

Daripada jumlah saringan dalam kluster, 45 adalah warganegara Malaysia dan 14 adalah bukan warganegara yang terdiri daripada negara;

  • India: enam (6) kes;
  • Filipina: (6) enam kes;
  • Singapura: (1) satu kes; dan
  • Ghana: (1) satu kes.


Kluster Sungai

Sehingga 14 September 2020 jam 12 tengah hari, sejumlah 16,775 individu telah disaring dalam Kluster Sungai dan sebanyak satu (1) kes baharu telah dikesan positif COVID-19. Pecahan jumlah saringan mengikut negeri adalah seperti berikut:

Kedah (16,622 individu disaring):

  • 57 kes dikesan positif COVID-19 (satu (1) kes baharu);
  • 13,834 individu negatif; dan
  • 2,731 individu masih menunggu keputusan.

Pulau Pinang (135 disaring: semua negative;

Perlis (18 individu disaring):

  • Satu (1) kes dikesan positif COVID-19; dan
  • 17 individu negatif.

Next Post Previous Post