KKM juga ingin memaklumkan terdapat lapan (8) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

1. KLUSTER JALAN KELULI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Tinggi, Johor Bahru dan Segamat di Johor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 30 Disember 2020 hasil saringan bersasar di sebuah kilang yang terletak di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, Johor. Sehingga 11 Januari 2021, sejumlah 180 individu telah disaring, di mana 42 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

2. KLUSTER MEDAN IDAMAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Cheras dan Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 6 Januari 2021 hasil saringan bersasar di sebuah pasaraya yang terletak di Medan Idaman. Sehingga 11 Januari 2021, sejumlah 84 individu telah disaring, di mana 10 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

3. KLUSTER JELITA

Kluster ini melibatkan daerah Miri di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-122769) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 5 Januari 2021 hasil saringan rentas negeri dari Melaka. Nama kluster merujuk kepada tempat tinggal sementara kes indeks yang terletak di Taman Jelita, Miri. Sehingga 11 Januari 2021, sejumlah 54 individu telah disaring, di mana lapan (8) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

4. KLUSTER KAMPUNG RENOK

Kluster ini melibatkan daerah Gua Musang di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-115045) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 1 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala dan mempunyai sejarah pulang dari Selangor. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana kes-kes dalam kluster ini dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Renok Baru, Gua Musang. Sehingga 11 Januari 2021, sejumlah 73 individu telah disaring, di mana 23 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

5. KLUSTER KAMPUNG GETING

Kluster ini melibatkan daerah Tumpat di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-125400) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 6 Januari 2021 hasil saringan rentas negeri dari Pulau Pinang. Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti di mana kes-kes dikesan iaitu Kampung Geting, Tumpat. Sehingga 11 Januari 2021, sejumlah 35 individu telah disaring, di mana 11 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

6. KLUSTER LUMUT BARAT

Kluster ini melibatkan sebuah kem di daerah Manjung, Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-114928) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 1 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala dan mempunyai sejarah pulang dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sehingga 11 Januari 2021, sejumlah 121 individu telah disaring, di mana 11 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

7. KLUSTER KUBANG BUJUK

Kluster ini melibatkan sebuah pusat pengajian agama yang terletak di Kubang Bujuk, Kuala Terengganu. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-131085) merupakan kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI) dan telah dilaporkan positif COVID-19 pada 8 Januari 2021. Sehingga 11 Januari 2021, sejumlah 45 individu telah disaring, di mana 10 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

8. KLUSTER KEJAYA

Kluster ini melibatkan daerah Dungun di Terengganu. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-125428) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 6 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan komuniti di Felda Kerteh 4, Ketengah Jaya, Dungun. Sehingga 11 Januari 2021, sejumlah 95 individu telah disaring, di mana sembilan (9) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Next Post Previous Post