COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

EMPAT (4) KLUSTER BAHARU DILAPORKAN HARI INI (10/11/2020)

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat empat (4) kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

1. KLUSTER LIAWAN

Kluster baharu ini melibatkan daerah Keningau di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-37553) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 5 November 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Keningau. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 23 lagi kes positif COVID-19. Kes-kes ini dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah Keningau, Sabah.

Sehingga 10 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 95 individu telah disaring, di mana: • 24 kes dikesan positif COVID-19 (11 kes baharu); • 54 individu dikesan negatif; dan • 17 individu masih menunggu keputusan.

2. KLUSTER TATAHAN

Kluster baharu ini melibatkan daerah Kota Kinabalu di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-32597) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 1 November 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 17 lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes tersebut dimasukkan ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah, Likas dan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah Kota Kinabalu.

Sehingga 10 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 28 individu telah disaring, di mana: • 18 kes dikesan positif COVID-19 (10 kes baharu); dan • 10 individu dikesan negatif.

3. KLUSTER GK TAWAU

Kluster ini melibatkan daerah Tawau, Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-12923) telah dikenal pasti positif COVID19 hasil saringan individu bergejala pada 6 Oktober 2020.

Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 48 lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Tawau.

Sehingga 10 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 168 individu telah disaring, di mana: • 49 kes dikesan positif COVID-19 (2 kes baharu); • 41 individu dikesan negatif; dan • 78 individu masih menunggu keputusan.

4. KLUSTER KUBE

Kluster baharu ini melibatkan daerah Kota Bharu dan Tanah Merah di negeri Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke40206) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 7 November 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak sembilan (9) lagi kes positif COVID19. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Tumpat dan Hospital Raja Perempuan Zainab II.

Sehingga 10 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 61 individu telah disaring, di mana: • 10 kes dikesan positif COVID-19 (9 kes baharu); • 46 individu dikesan negatif; dan • Lima (5) individu masih menunggu keputusan.

Next Post Previous Post