LAPORAN PENGEMBARA & PEMASTAUTIN TETAP MALAYSIA POSITIF COVID-19
LAPORAN KLUSTER COVID-19 DI MALAYSIA
STATUS TERKINI KLUSTER TAWAR
Terdapat tiga (3) kes baharu dilaporkan bagi Kluster Tawar di negeri Kedah, justeru menjadikan jumlah kes dikesan positif COVID-19 kluster ini sebanyak 58 kes. Sehingga 21 Ogos 2020 jam 12 tengah hari, seramai 2,733 orang telah disaring dalam kluster ini. Pecahan saringan mengikut negeri yang terbabit adalah seperti berikut:
Kedah (2,256 disaring):
47 kes dikesan positif COVID-19;
1,985 individu negatif; dan
224 individu masih menunggu keputusan.
Pulau Pinang (466 disaring):
11 kes dikesan positif COVID-19;
430 individu negatif; dan
25 individu masih menunggu keputusan.
Perak: 11 disaring dan kesemuanya negatif.
Pengesanan kes dan saringan kontak rapat bagi kluster ini masih diteruskan. Situasi semasa akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
KLUSTER AKTIF
Laporan Kluster Covid-19 Yang Aktif di Malaysia
KLUSTER DEPOH TAHANAN
KLUSTER TAMAT
2 lagi kluster ditamatkan;
Kluster Warga Emas Kluang
Kluster Rumah Kongsi Sepang
Jumlah keseluruhan kluster tamat; 84.
LAPORAN SARINGAN COVID-19
(1) Tahfiz/Madrasah
(2) Pusat Jagaan Warga Emas
(3) Pasar
(4) Saringan Bukan Warga Negara
TABURAN KES
PERGERAKAN 14 HARI TABURAN KES MENGIKUT DAERAH DI MALAYSIA
Daerah warna hijau: tidak ada kes dlm 14 hari
Daerah warna kuning: ada 1-40 kes dlm 14 hari
Daerah warna merah: ada 41 kes atau lebih dlm 14 hari
Kekalkan daerah anda berwarna hijau
Kita jaga kita, kita jaga keluarga kita, kita jaga komuniti dan daerah kita
LAPORAN UJIAN MAKMAL COVID-19
BERITA DUNIA
Kes COVID-19 dunia pada masa kini telah mencapai sekitar 22.6 juta kes. Jumlah kes harian dunia menunjukkan kenaikan iaitu lebih kurang 274,000 kes berbanding sebelumnya 256,000 kes.
Jumlah kes harian bagi negara India dan Amerika Syarikat menunjukkan peningkatan iaitu masing-masing sekitar 73,000 kes dan 45,000 kes. Manakala negara Brazil pula kekal sekitar 49,000 kes.
Kadar kematian dunia pada masa kini menurun kepada 3.50% atau sekitar 791,000 kes dan kadar kesembuhan pula meningkat 66.90% atau sekitar 15.1 juta kes.