KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat enam (6) kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;
Kluster baharu ini melibatkan daerah Kota Belud di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-35808) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 4 November 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 24 lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes telah dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah Seri Bayu Pirasan, Kota Belud.
Sehingga 9 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 65 individu telah disaring, di mana:
Kluster ini melibatkan daerah Kota Kinabalu, Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-22036) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan kemasukan ke wad di Hospital Queen Elizabeth pada 17 Oktober 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak tujuh (7) lagi kes positif COVID-19.
Sehingga 9 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 21 individu telah disaring, di mana:
Kluster baharu ini melibatkan daerah Klang di negeri Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-18667) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan di tempat kerja pada 15 Oktober 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 38 lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.
Sehingga 9 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 124 individu telah disaring, di mana:
39 kes dikesan positif COVID-19 (1 kes baharu);
85 individu masih menunggu keputusan.
Kluster baharu ini melibatkan daerah Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan daerah Alor Gajah di negeri Melaka. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-36180) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 3 November 2020 dan kes telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 11 lagi kes positif COVID-19.
Sehingga 9 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 126 individu telah disaring, di mana:
Kluster baharu ini melibatkan daerah Kota Tinggi di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-39210) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 5 November 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak empat (4) lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang.
Sehingga 9 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 338 individu telah disaring, di mana:
Kluster baharu ini melibatkan Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kes-kes bagi kluster ini telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan di tempat kerja pada 7 November 2020. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.
Sehingga 9 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 50 individu telah disaring, di mana: