Status Kes Import dan Kawalan Sempadan Malaysia DiPerketat Bagi Negara-Negara Berisiko Tinggi

Pelaksanaan kuarantin wajib di stesen kuarantin bagi pengembara yang tiba di Malaysia telah dikuatkuasakan semula bermula 24 Julai 2020. Daripada tarikh tersebut sehingga 7 September 2020, seramai 29,330 pengembara telah ditempatkan di stesen kuarantin, di mana 237 kes positif COVID-19 telah dikesan. Kebanyakan kes adalah dari negara India (42 kes), diikuti dengan Filipina (27 kes) dan Indonesia (26 kes).

Kerajaan juga telah mengambil langkah proaktif dengan memperketatkan kawalan sempadan Malaysia bagi negara-negara berisiko tinggi terhadap COVID-19 mulai 7 September 2020. Terkini, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah memperketatkan kemasukan ke Malaysia bagi 23 buah negara.

Sekatan ini tertakluk kepada Pemegang Pas Lawatan Jangka Panjang bagi warganegara dari negara-negara yang mencatatkan kumulatif kes positif COVID-19 melebihi 150,000 kes. Ini adalah sebagai salah satu langkah memperketatkan dan mempertingkatkan kawalan sempadan. KKM akan meneruskan penilaian risiko berdasarkan situasi semasa COVID-19 di seluruh dunia.

Senarai terkini negara yang diperketatkan kemasukan akan diumum kerajaan dari semasa ke semasa.

Next Post Previous Post