Kenyataan Akhbar Ketua Pengarah Kesihatan KKM KKM : BAHASA MELAYU | ENGLISH
Status Terkini COVID-19 Di Malaysia, 20 Okt 2020
Lembah Klang khususnya Selangor terus mencatatkan pertambahan kes dan kluster baharu setiap hari. Hari ini, Selangor catat 132 kes baharu dan 84 daripadanya kes dari kluster sedia ada termasuk 8 kes dari kluster berkait sejarah perjalanan ke Sabah.
Sabah masih mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 673 kes (78.1%). Lebih banyak ujian makmal RT-PCR telah dapat dijalankan di Sabah serta dihantar ke Semenanjung Malaysia. Walaupun jumlah kes baharu adalah 673, tetapi 231 kes daripada jumlah tersebut adalah dari Kluster Penjara Kepayan.