Kenyataan Akhbar Ketua Pengarah Kesihatan KKM KKM : BAHASA MELAYU | ENGLISH
Sabah mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 643 kes (74.3%). Lebih banyak ujian makmal telah dijalankan di Sabah dan yang dihantar ke Semenanjung Malaysia. Daripada 643 kes dilaporkan di Sabah, 183 dari kluster-kluster sedia ada. Sejumlah 343 pula dari saringan kontak rapat.
Negeri-negeri di Lembah Klang merangkumi 13.5% daripada jumlah keseluruhan kes. Selangor melaporkan 107 kes, KL (7) dan Putrajaya (3). 75 kes daripada jumlah keseluruhan (117) adalah dari kluster-kluster sedia ada. 1 kluster baharu dilaporkan (Hentian).