Terdapat 3 kes baharu dilaporkan bagi Kluster Tawar di negeri Kedah, justeru menjadikan jumlah kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini sebanyak 73 kes. Sehingga 26 Ogos 2020 jam 12 tengah hari, seramai 4,051 orang telah disaring dalam kluster ini.
Pecahan saringan mengikut negeri yang terbabit adalah seperti berikut:
i. Kedah (3,514 disaring):
ii. Pulau Pinang (526 disaring):
iii. Perak: Kekal 11 saringan, di mana semua adalah negatif. Tiada saringan baharu.
Ingin dimaklumkan bahawa KKM telah menjalankan pelbagai intervensi kesihatan awam termasuk aktiviti-aktiviti pencegahan penularan jangkitan COVID-19. Ianya telah dijalankan dengan kerjasama pelbagai agensi lain. Langkah ini diambil bagi mengekang penularan jangkitan COVID-19 di dalam kluster ini terutamanya di negeri Kedah yang telah melaporkan 85 peratus daripada kes positif kluster ini. Langkah-langkah tersebut adalah seperti berikut:
Aktiviti-aktiviti ini masih diteruskan di lapangan termasuk saringan kontak rapat kes positif COVID-19. Situasi semasa kluster akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.