Perincian lapan (8) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

1. KLUSTER TAPAK BINA LOMBONG TIMAH

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Langat, Petaling, dan Klang di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 14 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah tapak binaan yang terletak di Jalan Lombong Timah 3, Bandar Saujana Putra, Kuala Langat. Sehingga 22 Februari 2021, sejumlah 566 individu telah disaring, di mana 45 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

2. KLUSTER TAPAK BINA JALAN KOTA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Gombak di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 20 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah tapak binaan yang terletak di Kawasan Perindustrian Kota Elmina, Rawang, Gombak. Sehingga 22 Februari 2021, sejumlah 121 individu telah disaring, di mana 11 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

3. KLUSTER PASAR JALAN PUTRA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 20 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah perniagaan runcit yang terletak dalam kawasan pasar borong di Sri Kembangan, Petaling. Sehingga 22 Februari 2021, sejumlah 115 individu telah disaring, di mana sembilan (9) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

4. KLUSTER TAPAK BINA SUNGAI BATU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 22 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah tapak binaan yang terletak berhampiran Sungai Batu di Jalan Ipoh, Kepong. Sehingga 22 Februari 2021, sejumlah 385 individu telah disaring, di mana 25 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

5. KLUSTER EMPEROH JAMBU

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kuching dan Samarahan di Sarawak . Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-271927) dilaporkan positif COVID-19 pada 17 Februari 2021 hasil saringan kendiri. Kluster ini melibatkan satu majlis pengebumian di Kampung Emperoh Jambu, Padawan, Samarahan yang berlangsung di antara 3 hingga 5 Februari 2021. Sehingga 22 Februari 2021, sejumlah 337 individu telah disaring, di mana 60 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

6. KLUSTER SUNGAI BAKONG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Meradong di Sarawak. Tiga (3) kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke- 277615, kes ke-277617, dan kes ke-277618) dilaporkan positif COVID-19 pada 19 Februari 2021 hasil saringan individu-individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pengajian yang terletak berhampiran dengan Sungai Bakong di Meradong. Sehingga 22 Februari 2021, sejumlah 593 individu telah disaring, di mana 22 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

7. KLUSTER HILIR SUNGAI KLUANG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Barat Daya, dan Timur Laut di Pulau Pinang. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 13 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Hilir Sungai Kluang, Zon Perindustrian Bebas Bayan Lepas, Barat Daya. Sehingga 22 Februari 2021, sejumlah 327 individu telah disaring, di mana 41 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

8. KLUSTER INDUSTRI SUNGAI GADUT

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seremban, Rembau, dan Tampin di Negeri Sembilan. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 16 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Kawasan Perindustrian Sungai Gadut, Seremban. Sehingga 22 Februari 2021, sejumlah 2,044 individu telah disaring, di mana 65 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Next Post Previous Post