Situasi Terkini - KLUSTER TELAGA

Ingin dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan 1 kes baharu dilaporkan bagi Kluster Telaga di negeri Kedah. Kes ini (Kes ke-9391) merupakan kontak rapat kepada kes indeks (Kes ke-9284) di Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah. Beliau didapati positif COVID-19 semasa saringan yang dijalankan pada 3 September 2020.

Justeru, jumlah kes positif COVID-19 dalam kluster ini adalah sebanyak 9 kes. Sehingga 5 September 2020 jam 12 tengah hari, seramai 3,458 orang telah disaring dalam kluster ini.

Daripada jumlah ini:

  • 9 kes dikesan positif COVID-19;
  • 2,744 individu negatif; dan
  • 705 individu masih menunggu keputusan.

Pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) dan saringan kontak rapat telah dijalankan

Next Post Previous Post