Status Terkini : Kluster Tawar dan Kluster Sala

STATUS TERKINI KLUSTER TAWAR

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat tujuh (7) kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Tawar pada hari ini, iaitu empat (4) kes di Kedah dan tiga (3) kes di Pulau Pinang. Ini menjadikan jumlah kes dikesan positif COVID-19 bagi kluster ini sebanyak 46 kes. Kesemua kes baharu ini adalah generasi ketiga.

Sehingga 17 Ogos 2020 jam 12 tengah hari, seramai 1,135 orang telah disaring dalam kluster ini. Pecahan saringan mengikut negeri yang terbabit adalah seperti berikut:

Kedah (918 disaring):

  • 39 kes dikesan positif COVID-19;
  • 655 individu negatif; dan
  • 224 individu masih menunggu keputusan.

Pulau Pinang (208 disaring):

  • Tujuh (7) kes dikesan positif COVID-19;
  • 175 individu negatif; dan
  • 26 individu masih menunggu keputusan.

Perak (9 disaring):

  • Tiada kes dikesan positif COVID-19;
  • Lapan (8) individu negatif; dan
  • Satu (1) individu masih menunggu keputusan.

Pengesanan kes secara aktif dan saringan kontak rapat masih diteruskan bagi kluster ini dan situasi semasa akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.


STATUS TERKINI KLUSTER SALA

Terdapat dua (2) lagi kes baharu yang dilaporkan dalam kluster ini, justeru menjadikan jumlah kes positif enam (6) kes. Sehingga 17 Ogos 2020 jam 12 tengah hari, seramai 273 orang telah disaring dalam kluster ini. Pecahan saringan mengikut negeri yang terbabit adalah seperti berikut:

Kedah (269 disaring):

  • Enam (6) kes dikesan positif COVID-19;
  • 214 individu negatif; dan
  • 49 individu masih menunggu keputusan.

Pulau Pinang (4 disaring):

  • Tiada kes dikesan positif COVID-19; dan
  • Empat (4) individu negatif.

Next Post Previous Post