Sabah catat jumlah tertinggi (578) daripada 847 kes baharu. Jumlah ini adalah hasil usaha yang berterusan petugas kesihatan menjalankan saringan di lapangan. Selain ujian makmal RT-PCR, ujian saringan RTK Antigen turut ditambah bagi tujuan ujian segera dijalankan di lapangan.
Lembah Klang catat pertambahan 164 kes. 71 adalah dari kluster-kluster sedia ada. Lembah Klang telahpun diletakkan dalam PKPB bagi membendung penularang jangkitan COVID-19. 2 daripada 6 kluster baharu hari ini adalah dari Lembah Klang (Bah Mutiara dan Jambu)
Pecahan terperinci bagi kes baharu yang dilaporkan di Kuala Lumpur. Hanya Titiwangsa yang berada di zon merah, manakala Cheras, Lembah Pantai dan Kepong berada di zon kuning. Kuala Lumpur mencatat 23 kes baharu termasuk 2 kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi. 2 kes ini tidak dimasukkan ke dalam pecahan kerana ia berada di bawah kategori import B iaitu merentasi negeri.
LAPORAN KLUSTER COVID-19 DI MALAYSIA
39 kluster aktif termasuk 6 kluster baharu melaporkan kes baharu hari ini. Kluster Penjara Kepayan mencatatkan kes tertinggi (155) diikuti Kluster Sofi iaitu kluster baharu sebanyak 33 kes. Kluster Utama telah merebak ke generasi ke-6. Seramai 206 disahkan positif termasuk 51 telah sembuh dan discaj. Seramai 882 telah disaring.
KLUSTER BAHARU
KLUSTER AKTIF
Laporan Kluster Covid-19 Yang Aktif di Malaysia
TABURAN KES
PERGERAKAN 14 HARI TABURAN KES MENGIKUT DAERAH DI MALAYSIA
Daerah warna hijau: tidak ada kes dlm 14 hari
Daerah warna kuning: ada 1-40 kes dlm 14 hari
Daerah warna merah: ada 41 kes atau lebih dlm 14 hari
LAPORAN PENGEMBARA & PEMASTAUTIN TETAP MALAYSIA POSITIF COVID-19
LAPORAN SARINGAN COVID-19
Saringan Bukan Warga Negara
BERITA DUNIA
Jumlah kes COVID-19 pada ketika ini adalah 41.1 juta kes dengan jumlah kematian 1.13 juta kes dan kesembuhan 30.2 juta kes.
Negara Portugal menjadi negara ke-46 mempunyai jumlah kes melebihi 100,000 kes.
Negara Amerika Syarikat mempunyai jumlah kes dan kes harian tertinggi di dunia.