Kluster Baharu : KLUSTER BENTENG LD

KKM ingin memaklumkan bahawa satu kluster baharu telah dikenalpasti hasil saringan terhadap tahanan baharu di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu, Sabah.
Setakat ini, seramai 50 orang tahanan telah disaring pada 28 Ogos 2020.
Daripada jumlah ini:

  • 7 kes dikesan positif COVID-19; dan
  • 43 individu adalah negatif.

Kes positif COVID-19 kluster ini melibatkan 6 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan 1 warganegara Malaysia.
Kesemua kes positif ini tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Lahad Datu. Langkah pencegahan dan kawalan jangkitan seperti proses pembersihan dan nyah kuman telah dijalankan di lokasi-lokasi yang dikenalpasti. Aktiviti pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) dan saringan kontak rapat masih diteruskan. Punca jangkitan adalah dalam siasatan.

Next Post Previous Post