KKM juga ingin memaklumkan terdapat lima (5) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

1. KLUSTER KASIR

Kluster ini melibatkan daerah Tawau, Sabah. Kes indeks (iaitu kes ke39566) merupakan seorang pekerja pasaraya yang dikesan positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 8 November 2020.

Sehingga 20 November 2020, sejumlah

  • 143 individu telah disaring, di mana
  • 28 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Tawau.

2. KLUSTER SRI JUJUR

Kluster ini melibatkan daerah Klang, Sepang, dan Petaling, Selangor. Kes indeks (iaitu kes ke-39977) dikesan positif COVID-19 hasil saringan di tempat kerja pada 8 November 2020.

Sehingga 20 November 2020,

  • sejumlah 273 individu telah disaring, di mana
  • 41 kes telah dikesan positif COVID-19. K

luster berkaitan tempat kerja ini melibatkan lima (5) warganegara dan 36 bukan warganegara.

3. KLUSTER OAD

Kluster ini melibatkan daerah Seremban, Jelebu, Kuala Pilah, dan Jempol di Negeri Sembilan serta daerah Hulu Langat di negeri Selangor. Kes indeks (iaitu kes ke-41974) dikesan positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 10 November 2020.

Sehingga 20 November 2020,

  • sejumlah 73 individu telah disaring, di mana
  • 11 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban, Hospital Tampin dan Hospital Rembau.

4. KLUSTER ENGGOR

Kluster ini melibatkan daerah Kerian, Kuala Kangsar, Batang Padang dan Kinta di negeri Perak. Kes indeks (iaitu kes ke-45072) dikesan positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 13 November 2020.

Sehingga 20 November 2020,

  • sejumlah 280 individu telah disaring, di mana
  • 12 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Hospital Teluk Intan dan Hospital Taiping.

5. KLUSTER MAKMUR

Kluster ini melibatkan daerah Kulai dan Johor Bahru, Johor. Kes indeks (iaitu kes ke-51614) dikesan positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 19 November 2020.

Sehingga 20 November 2020,

  • sejumlah 68 individu telah disaring, di mana
  • enam (6) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru dan Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang

Next Post Previous Post