KKM juga ingin memaklumkan terdapat empat (4) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

1. KLUSTER SUNGAI PUTUS

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang di negeri Selangor. Kes-kes awal bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 9 Disember 2020 hasil saringan bersasar di tempat kerja yang melibatkan sebuah kilang. Sehingga 11 Disember 2020, sejumlah 2,001 individu telah disaring, di mana 427 kes telah dikesan positif COVID-19. Kluster ini melibatkan sembilan (9) warganegara dan 418 bukan warganegara.

2. KLUSTER ERIMA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Gombak di negeri Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-73290) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 7 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Berikutan kes tersebut, majikan telah melaksanakan saringan ke atas para pekerja dan mendapati seramai 28 lagi individu yang merupakan kontak rapat kepada kes indeks dikesan positif COVID-19. Sehingga 11 Disember 2020, sejumlah 83 individu telah disaring, di mana 29 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

3. KLUSTER TAPAK BINA JALAN BERANGAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai, Titiwangsa, dan Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes awal bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 9 Disember 2020 hasil saringan bersasar di tempat kerja yang melibatkan sebuah tapak binaan. Sehingga 11 Disember 2020, sejumlah 1,246 individu telah disaring, di mana enam (6) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

4. KLUSTER LANGKASUKA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai dan Johor Bahru di negeri Johor. Kes indeks (iaitu kes ke-71291) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 5 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 11 Disember 2020, sejumlah 113 individu telah disaring, di mana 14 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

5. KLUSTER JALAN COLLEGE

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan dan daerah Petaling di negeri Selangor. Kes indeks (iaitu kes ke-68884) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 3 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 11 Disember 2020, sejumlah 35 individu telah disaring, di mana 11 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

6. KLUSTER SUNGAI KELUANG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Timur Laut, Barat Daya, Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Selatan di negeri Pulau Pinang. Kes indeks (iaitu kes ke-71197) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 5 Disember 2020 melalui saringan pulang ke negara asal. Hasil saringan kontak rapat di tempat kerja seterusnya mendapati seramai 16 kes lagi dikesan positif COVID-19. Sehingga 11 Disember 2020, sejumlah 99 individu telah disaring, di mana 16 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Next Post Previous Post