COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

Status Terkini : Kluster Tawar

/ sorotan, highlights, kluster tawar

STATUS TERKINI KLUSTER TAWAR Adalah dimaklumkan bahawa terdapat 6 kes baharu dilaporkan bagi Kluster Tawar pada hari ini, iaitu 5 kes di Kedah dan 1 kes di Pulau Pinang. Ini menjadikan jumlah kes dikesan positif COVID-19 bagi kluster ini sebanyak 39 kes.

Sehingga 16 Ogos 2020 jam 12 tengah hari, seramai 899 orang telah disaring dalam kluster ini. Pecahan saringan mengikut negeri yang terbabit adalah seperti berikut:

1. Kedah (727 disaring):

  • 35 kes dikesan positif COVID-19;
  • 643 individu negatif; dan
  • 49 individu masih menunggu keputusan.

2. Pulau Pinang (164 disaring):

  • 4 kes dikesan positif COVID-19;
  • 155 individu negatif; dan
  • 5 individu masih menunggu keputusan.

3. Perak (8 disaring):

  • Tiada kes dikesan positif COVID-19;
  • 5 individu negatif; dan
  • 3 individu masih menunggu keputusan.

Pengesanan kes secara aktif dan saringan kontak rapat masih diteruskan bagi kluster ini dan situasi semasa akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Next Post Previous Post