KKM juga ingin memaklumkan terdapat empat (4) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

1. KLUSTER BINTANG

Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja di sebuah tapak pembinaan dalam daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif di antara 17 hingga 23 November 2020 melalui saringan bersasar yang dijalankan di kawasan tersebut. Sehingga 23 November 2020, sejumlah 608 individu telah disaring, di mana 95 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini. Daripada jumlah ini, 94 kes merupakan bukan warganegara dan satu (1) warganegara.

2. KLUSTER INDAH MAS

Kluster ini melibatkan daerah Titiwangsa dan Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta daerah Petaling di Selangor. Kes indeks (iaitu kes ke-53452) dilaporkan positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 21 November 2020. Sehingga 23 November 2020, sejumlah 41 individu telah disaring, di mana 10 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

3. KLUSTER TEJA KASIH

Kluster ini melibatkan daerah Kampar dan Kinta di negeri Perak. Kes indeks (iaitu kes ke-48506) dilaporkan positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 16 November 2020. Sehingga 23 November 2020, sejumlah 130 individu telah disaring, di mana 41 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

4. KLUSTER KOBENA

Kluster ini melibatkan daerah Johor Bahru di negeri Johor. Kes indeks (iaitu kes ke-52599) yang merupakan kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI) yang telah dilaporkan positif COVID-19 pada 20 November 2020. Sehingga 23 November 2020, sejumlah 111 individu telah disaring, di mana 13 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Next Post Previous Post