Status Terkini Kluster Tawar

/ sorotan, highlights, kluster tawar

Adalah dimaklumkan bahawa terdapat 11 kes baharu dilaporkan bagi Kluster Tawar pada hari ini, iaitu 10 kes di Kedah dan satu (1) kes di Pulau Pinang (iaitu kes ke-9149). Adalah dimaklumkan bahawa kes ke-9129 daripada kluster ini yang dilaporkan semalam telah dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang daripada sebuah pusat perubatan swasta, namun kes ini kekal didaftarkan sebagai kes di negeri Kedah.

Sehingga 14 Ogos 2020 jam 12 tengah hari, seramai 261 orang telah disaring dalam kluster ini. Daripada jumlah ini, sebanyak 21 kes dikesan positif COVID-19. Pecahan saringan mengikut negeri yang terbabit adalah seperti berikut:

1. Kedah (156 disaring):

  • 20 kes dikesan positif COVID-19;
  • 77 individu negatif; dan
  • 59 individu masih menunggu keputusan.

2. Pulau Pinang (105 disaring):

  • 1 kes dikesan positif COVID-19;
  • 75 individu negatif; dan
  • 29 individu masih menunggu keputusan.

Pengesanan kes secara aktif dan saringan kontak rapat masih diteruskan bagi kluster ini dan situasi semasa akan dimaklumkan dari semasa ke semasa


Daripada 11 kes baharu #COVID19 dari Kluster Tawar, Kedah, hari ini, 5 kes adalah petugas hospital dan seorang pesakit yang pernah ditempatkan sebilik bersama kes pertama kluster ini. Selebihnya melibatkan ahli keluarga dan majikan.

Next Post Previous Post