Status Terkini : Kluster TAWAR dan Kluster ALAM

KKM ingin memaklumkan status terkini bagi Kluster Tawar dan Kluster Alam yang telah melaporkan kes baharu pada hari ini seperti berikut:

1. Kluster Tawar 2 kes baharu dilaporkan bagi Kluster Tawar di negeri Kedah, justeru menjadikan jumlah kes dikesan positif COVID-19 kluster ini sebanyak 65 kes. Sehingga 23 Ogos 2020 jam 12 tengah hari, seramai 3,286 orang telah disaring dalam kluster ini. Pecahan saringan mengikut negeri yang terbabit adalah seperti berikut:

i. Kedah (2,758 disaring):

  • 54 kes dikesan positif COVID-19;
  • 2,362 individu negatif; dan
  • 342 individu masih menunggu keputusan.

ii. Pulau Pinang (517 disaring):

  • 11 kes dikesan positif COVID-19; dan
  • 506 individu negatif.

iii. Perak: Kesemua 11 saringan adalah negatif. Tiada saringan baharu. Pengesanan kes dan saringan kontak rapat bagi kluster ini masih diteruskan. Situasi semasa akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

2. Kluster Alam 3 kes baharu telah dilaporkan dalam kluster ini. Sehingga 23 Ogos 2020 jam 12 tengah hari, sejumlah 27 orang telah disaring dalam kluster ini. Daripada jumlah ini:

  • 7 kes dikesan positif COVID-19;
  • 18 individu negatif; dan
  • 2 individu masih menunggu keputusan

Next Post Previous Post