KKM juga ingin memaklumkan terdapat lima (5) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

1. KLUSTER MIKRO

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru, Kulai, Pontian, dan Kota Tinggi di Johor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 21 Disember 2020 hasil saringan bersasar di sebuah kilang. Sehingga 9 Januari 2021, sejumlah 588 individu telah disaring, di mana 97 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

2. KLUSTER SYMPHONY MAGAZINE

Kluster ini melibatkan daerah Timur Laut dan Seberang Perai Utara di Pulau Pinang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke114882) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 1 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 9 Januari 2021, sejumlah 116 individu telah disaring, di mana 44 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

3. KLUSTER PASAI

Kluster ini melibatkan daerah Sibu dan Mukah di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-128367) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 7 Januari 2021 hasil saringan rentas negeri. Sehingga 9 Januari 2021, sejumlah 73 individu telah disaring, di mana 38 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

4. KLUSTER TEKNOLOGI KESIDANG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Melaka Tengah di Melaka. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-106640) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 28 Disember 2020 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 9 Januari 2021, sejumlah 136 individu telah disaring, di mana 18 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

5. KLUSTER PALUT

Kluster ini melibatkan daerah Dungun di Terengganu. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-117349) telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 2 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 9 Januari 2021, sejumlah 89 individu telah disaring, di mana 10 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Next Post Previous Post