Situasi Terkini 13 Mei 2020

/ harian, r0, r-naught

Klik Untuk Capaian Melalui FB Video

KENYATAAN AKHBAR KETUA PENGARAH KESIHATAN KKM : BAHASA MELAYU | ENGLISH


PEMODELAN DAN RAMALAN OLEH INSTITUT KESIHATAN NEGARA (NIH), KKM

Keberkesanan pendekatan oleh Kerajaan dapat dibuktikan apabila dikaji dengan menggunakan kaedah pemodelan dan ramalan yang telah dijalankan oleh Institut Kesihatan Negara (National Health Institute), Kementerian Kesihatan Malaysia, di mana PKP 1 sehingga PKP 4 telah berhasil dalam menurunkan kebolehjangkitan COVID-19 di dalam negara. Garisan hitam pada graf ini menunjukkan kes harian sebenar yang telah dilaporkan KKM, dan ianya didapati bertepatan dengan unjuran seperti di palang biru yang merupakan jangkaan kes harian oleh NIH KKM.

Berita lebih lanjut boleh didapati di pautan di bawah https://kpkesihatan.com/2020/05/13/kenyataan-akhbar-kpk-13-may-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/


PENGETAHUAN AM

Apakah itu nilai R dalam kaedah permodelan dan ramalan untuk sesuatu wabak?

R0 (R naught) adalah merujuk kepada kebolehjangkitan sesuatu virus pada permulaan sesuatu wabak di dalam masyarakat. Ia merujuk kepada keberjangkitan, iaitu secara puratanya berapa ramai orang yang boleh dijangkiti oleh virus yang dibawa oleh kes dalam wabak tersebut. Misalnya, jika nilai R adalah 4, ini bermakna bahawa setiap seorang kes positif jangkitan virus boleh menyebarkan penyakit ini kepada 4 orang yang lain.

Apabila wabak merebak, nilai R pada sela masa t1, t2, t3 (dan seterusnya) boleh menurun sekiranya langkah-langkah pencegahan yang tepat dijalankan secara berterusan di dalam masyarakat. Begitu juga, nilai ini boleh menaik semula sekiranya masyarakat alpa dan langkah pencegahan tidak diendahkan.

Menurunkan nilai R ke kurang daripada 1 secara berterusan, akan membantu mengakhiri sesuatu wabak.



Next Post Previous Post