COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

1) KLUSTER ATAP, SABAH

Kluster baharu ini telah dikenal pasti di daerah Kota Kinabalu, Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-12880) telah dikenal pasti positif COVID19 hasil saringan bergejala pada 4 Oktober 2020 dan dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth, Sabah. Saringan kontak rapat telah mengenalpasti tiga (3) lagi kes positif COVID-19. Sehingga 9 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 49 individu telah disaring. Keputusan saringan adalah seperti berikut: • 4 kes dikesan positif COVID-19; • 36 individu negatif; dan • 9 individu masih menunggu keputusan.

2) KLUSTER BAH LADA, PERAK

Kluster baharu ini telah dikenal pasti di Perak iaitu di daerah Perak Tengah dan daerah Hilir Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-12374 kes ke13978) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) pada 3 Oktober 2020 dan 6 Oktober 2020. Mereka telah dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Perak. 7 Saringan kontak rapat telah mengenalpasti 2 lagi kes positif COVID-19. Sehingga 9 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 41 individu telah disaring. Keputusan saringan adalah seperti berikut: • 4 kes dikesan positif COVID-19; • 31 individu negatif; dan • 6 individu masih menunggu keputusan.

3) KLUSTER BAH SAHABAT, TERENGGANU

Kluster baharu ini telah dikenal pasti di daerah Marang, Kuala Terengganu dan Kuala Nerus, Terengganu. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-10766 dan kes ke-10767) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) pada 25 September 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Hulu Terengganu, Kuala Berang. Saringan kontak rapat telah mengesan lapan (8) lagi kes positif COVID-19. Sehingga 9 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 88 individu telah disaring. Keputusan saringan adalah seperti berikut: • 10 kes dikesan positif COVID-19; • 34 individu negatif; dan • 44 individu masih menunggu keputusan.

Next Post Previous Post