Kemaskini Negeri Sehingga 05 Oktober 2020

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

Sabah: 130 kes

  • 57 kes saringan bergejala yang melibatkan 54 warganegara dan tiga (3) bukan warganegara;
  • 39 kes daripada Kluster Bangau-Bangau yang melibatkan 38 warganegara dan satu (1) bukan warganegara;
  • 16 kes saringan kontak rapat yang melibatkan 11 warganegara dan lima (5) bukan warganegara;
  • Enam (6) kes saringan petugas kesihatan yang melibatkan lima (5) warganegara dan satu (1) bukan warganegara;
  • Tiga (3) kes daripada Kluster Benteng LD yang melibatkan warganegara;
  • Tiga (3) kes saringan tempat kerja yang melibatkan warganegara;
  • Dua (2) kes Severe Acute Respiratory Illness (SARI) yang melibatkan warganegara;
  • Dua (2) kes saringan komuniti yang melibatkan warganegara;
  • Satu (1) kes Influenza-Like Illness (ILI)yang melibatkan warganegara; dan
  • Satu (1) kes pra pembedahan yang melibatkan warganegara.

Kedah: 241 kes

  • 224 kes daripada Kluster Tembok yang melibatkan 215 warganegara dan sembilan (9) bukan warganegara;
  • 11 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bah Sintok yang kesemuanya melibatkan warganegara;
  • Tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jeram yang melibatkan warganegara;
  • Satu (1) kes daripada Kluster Bah Ketil yang melibatkan warganegara;
  • Satu (1) kes daripada Kluster Sungai yang melibatkan warganegara; dan
  • Satu (1) kes saringan bergejala yang melibatkan warganegara.

Selangor: 34 kes

  • 17 kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang kesemuanya melibatkan warganegara;
  • Sembilan (9) kes daripada Kluster Jalan Meru yang melibatkan warganegara;
  • Tiga (3) kes daripada Kluster Seri Anggerik yang melibatkan warganegara;
  • Satu (1) kes daripada Kluster Benteng PK yang melibatkan warganegara;
  • Satu (1) kes Severe Acute Respiratory Illness (SARI) yang melibatkan warganegara;
  • Satu (1) kes bergejala yang melibatkan warganegara;
  • Satu (1) kes saringan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 iaitu kes ke-11143 yang melibatkan warganegara; dan
  • Satu (1) kes saringan sign off kapal yang melibatkan bukan warganegara.

Terengganu: Lima (5) kes

  • Tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bah Tanjung yang melibatkan warganegara; dan
  • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 iaitu kes ke-12082 yang melibatkan warganegara.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: Lima (5) kes

  • Dua (2) kes daripada Kluster Seri Setia yang melibatkan warganegara;
  • Dua (2) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara; dan
  • Satu (1) kes daripada Kluster Jalan Meru yang melibatkan warganegara.

Wilayah Persekutuan Labuan: Empat (4) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.

Johor: Dua (2) kes

  • Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara; dan
  • Satu (1) kes Severe Acute Respiratory Illness (SARI) yang melibatkan warganegara.

Perak: Dua (2) kes

  • Satu (1) saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara; dan
  • Satu (1) saringan kemasukan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh yang melibatkan warganegara.

Wilayah Persekutuan Putrajaya: Dua (2) kes daripada Kluster Selasih yang melibatkan warganegara.

Negeri Sembilan: Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.

Pahang: Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.

Melaka: Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.

Kelantan: Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.

Sehingga 5 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 245 individu telah disaring. Keputusan saringan adalah seperti berikut:

  • Tujuh (7) dikesan positif COVID-19;
  • 113 individu dikesan negatif; dan
  • 125 individu masih menunggu keputusan.

Punca jangkitan masih dalam siasatan.

Next Post Previous Post