KKM juga ingin memaklumkan terdapat tiga (3) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

1. KLUSTER JALAN RUSA

Kluster ini melibatkan daerah Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 melalui saringan komuniti di sebuah kawasan kediaman bermula awal Disember 2020. Saringan ini dijalankan selepas satu (1) kes positif dikesan di kalangan penduduk pada penghujung bulan November 2020. Sehingga 17 Disember 2020, sejumlah 1,267 individu telah disaring, di mana 129 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

2. KLUSTER TAPAK BINA PASIFIK

Kluster ini melibatkan daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 12 Disember 2020 melalui saringan tempat kerja di sebuah tapak binaan. Sehingga 17 Disember 2020, sejumlah 159 individu telah disaring, di mana 17 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

3. KLUSTER MARINGKAN

Kluster ini melibatkan daerah Telupid dan Ranau di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-70580) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 5 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 17 Disember 2020, sejumlah 93 individu telah disaring, di mana 11 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Next Post Previous Post