Situasi Terkini 15 Mei 2020

/ harian, makmal

Klik Untuk Capaian Melalui FB Video

KENYATAAN AKHBAR KETUA PENGARAH KESIHATAN KKM : BAHASA MELAYU | ENGLISH


BERITA TERKINI

Sistem Informasi Makmal Kesihatan Awam telah berupaya mempertingkatkan penyeragaman sistem data makmal dari semua makmal yang menjalankan ujian #COVID19 (makmal KKM, universiti, MOSTI dan makmal swasta). Data-data ini kemudian menjalani proses pemurnian menggunakan sistem eCoVID bagi memastikan pengumpulan data dijalankan dengan lebih berkesan, cepat dan tepat. Sistem pangkalan data eCOVID yang dibangunkan KKM dengan kerjasama MKN dan SKMM ini, merupakan pencapaian baik berbanding sebelum ini yang mana data dari lapangan dan makmal dilapor secara manual. Hasil penggunaan sistem pengumpulan data lebih cekap ini, jumlah individu yang saring ialah 424,306 orang termasuk 6,855 positif #COVID19 dan 417,451 negatif, setakat 15 Mei. Ini menjadikan kadar positif adalah 1.62%. dan bilangan orang yang disaring ialah 13 orang bagi setiap 1,000 populasi iaitu negara paling banyak menjalankan ujian saringan dalam kalangan negara Asean lain. Sebelum ini, KKM melaporkan 297,342 orang disaring dan 6,819 positif dan kadar positif 2.29%, yang dilaporkan pada 14 Mei.

  • CPRC KKM

Hasil penggunaan sistem pengumpulan data lebih cekap ini, jumlah sebenar individu yang saring ialah 424,306 orang termasuk 6,855 positif #COVID19 setakat 15 Mei. Angka ini berbeza yg dilaporkan pada 14 Mei, iaitu 297,342 org disaring dan 6,819 positif.

SUMBER : Twitter KKM


Senarai lima kluster dan lokaliti PKPD yang merekodkan kes baharu sehingga 15 Mei 2020.

SUMBER : Twitter KKM


Satu lagi kluster #COVID19 diisytiharkan tamat iaitu Kluster Kilang di Pasir Gudang menjadikan sembilan kluster telah tamat setakat ini.

SUMBER : Twitter KKM

Next Post Previous Post