Status Terkini Kluster SUNGAI dan Kluster BENTENG LD

Kluster Sungai

Terdapat lapan (8) kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Sungai pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak 73 kes. Sehingga 19 September 2020 jam 12 tengah hari, sejumlah 23,935 individu telah disaring dalam kluster ini. Pecahan jumlah saringan adalah seperti berikut:

Kedah (23,748 disaring):

  • 72 kes dikesan positif COVID-19 (8 kes baharu);
  • 22,944 individu negatif; dan
  • 732 individu menunggu keputusan.

Pulau Pinang (142 disaring):

  • 141 individu negatif; dan
  • Satu (1) individu menunggu keputusan.

Perlis (45 disaring):

  • Satu (1) kes dikesan positif COVID-19;
  • 28 individu negatif; dan
  • 16 individu menunggu keputusan.


Kluster Benteng LD

Terdapat satu (1) kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Benteng LD pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak 551 kes. Sehingga 19 September 2020 jam 12 tengah hari, sejumlah 7,985 individu telah disaring dalam kluster ini. Pecahan jumlah saringan mengikut daerah adalah seperti berikut:

Tawau (5,975 disaring);

  • 399 kes dikesan positif COVID-19 (1 kes baharu);
  • 4,120 individu negatif; dan
  • 1,456 individu menunggu keputusan.

Lahad Datu (2,009 disaring):

  • 151 kes dikesan positif COVID-19;
  • 1,306 individu negatif; dan
  • 552 individu menunggu keputusan.

Sandakan (1 disaring): Satu (1) kes dikesan positif COVID-19.

Berdasarkan keseluruhan saringan bagi kluster ini, pecahan saringan melibatkan:

  • 1,520 banduan dan tahanan di mana 458 kes dikesan positif COVID-19;
  • 1,158 kakitangan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Lahad Datu dan Penjara Tawau di mana 20 kes dikesan positif COVID-19;
  • 1,391 ahli keluarga kepada kakitangan, banduan dan tahanan di mana 23 kes dikesan positif COVID-19;
  • 1,036 pegawai agensi kerajaan lain di mana satu (1) kes dikesan positif COVID-19; dan
  • 2,880 kontak sosial di mana 49 kes dikesan positif COVID-19.

Daripada jumlah 551 kes positif COVID-19, 272 adalah di kalangan warganegara Malaysia manakala 279 adalah bukan warganegara yang melibatkan negara:

  • Filipina (185 kes); dan
  • Indonesia (94 kes).

Ingin dimaklumkan bahawa jumlah kes akan sentiasa dikemaskini dan kategori bagi kes positif mungkin akan berubah bergantung kepada maklumat terkini hasil siasatan di lapangan.

Saringan kontak rapat dan aktiviti pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) bagi kluster-kluster ini masih diteruskan dan status terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Next Post Previous Post