KKM juga ingin memaklumkan terdapat empat (4) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

1. KLUSTER JALAN TUARAN

Kluster ini melibatkan daerah Kota Kinabalu, Penampang, dan Tuaran di negeri Sabah. Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 27 November 2020 hasil saringan di tempat kerja. Sehingga 27 November 2020, sejumlah 86 individu telah disaring, di mana 43 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

2. KLUSTER JALAN HARUAN

Kluster ini melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan. Kes-kes awal dalam kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 26 November 2020 hasil saringan pekerjapekerja di sebuah kilang. Sehingga 27 November 2020, sejumlah 300 individu telah disaring, di mana 118 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini. Ini melibatkan 10 kes warganegara dan 108 kes bukan warganegara.

3. KLUSTER TAPAK BINA PUTEH LAMA

Kluster ini melibatkan daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes dalam kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 sejak 26 November 2020 melalui saringan bersasar ke atas pekerja-pekerja di sebuah tapak pembinaan. Sehingga 27 November 2020, sejumlah 820 individu telah disaring, di mana 139 kes telah dikesan positif COVID-19.

4. KLUSTER BERINGIN

Kluster ini melibatkan daerah Timur Laut, Barat Daya, Seberang Perai Selatan dan Seberang Perai Tengah di negeri Pulau Pinang. Kes-kes dalam kluster ini merupakan pekerja-pekerja di dua (2) buah kilang di Pulau Pinang. Kes indeks (iaitu kes ke-51576) telah dilaporkan positif COVID19 pada 19 November 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 27 November 2020, sejumlah 3,116 individu telah disaring, di mana 37 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Next Post Previous Post