Kluster Baharu : KLUSTER ORKIM

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat satu kluster baharu terpencil telah dikenalpasti Johor. Kluster ini melibatkan krew kapal yang berlabuh di Pelabuhan Pasir Gudang, Johor. Kes pertama bagi kluster iaitu kes ke-10572 merupakan salah seorang krew kapal yang merupakan warganegara Indonesia. Beliau telah sign-on di Singapura pada 10 September 2020. Kes mula bergejala demam, batuk, sesak nafas, cirit-birit dan muntah sejak 13 September 2020 namun tidak memaklumkan kepada majikan. Beliau telah sign-off pada 17 September 2020 dan hanya mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta pada 22 September 2020. Beliau seterusnya dirujuk ke Hospital Permai, Johor di mana beliau didapati positif COVID-19 pada 23 September 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Johor.

Hasil saringan krew kapal yang lain mendapati satu (1) lagi kes positif yang juga merupakan warganegara Indonesia. Kes positif kedua ini tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Johor. Seramai 30 krew kapal yang bertugas dalam kapal ini telah disaring. Daripada jumlah ini:

  • Dua (2) kes dikesan positif COVID-19;
  • 24 individu adalah negatif; dan
  • Empat (4) individu masih menunggu keputusan.

Langkah pencegahan dan kawalan jangkitan seperti proses pembersihan dan nyah kuman telah dijalankan di kapal tersebut. Punca jangkitan masih dalam siasatan.

Next Post Previous Post