Kluster Baharu : KLUSTER MAJU

KKM ingin memaklumkan sebuah kluster baharu yang dikesan di sebuah restoran di Titiwangsa, Kuala Lumpur. Dua (2) kes pertama kluster ini iaitu kes ke-9176 dan kes ke-9177 telah dilaporkan pada 16 Ogos 2020. Mereka merupakan pekerja di restoran tersebut yang dikesan hasil saringan rawak ke atas pekerja restoran dan kedai makan yang telah dijalankan di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur.

Susulan itu, saringan kontak rapat telah dijalankan di mana kes baharu kluster ini yang merupakan pelanggan restoran tersebut telah dikesan. Beliau mengalami gejala sakit tekak dan sakit kepala sejak 17 Ogos 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

Setakat ini, seramai 672 orang telah disaring, termasuk 16 pekerja dan 656 orang pelanggan. Daripada jumlah ini:

  • Tiga (3) kes dikesan positif COVID-19; dan
  • 669 individu negatif.

Aktiviti pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) dan saringan kontak rapat sedang diteruskan. Langkah pencegahan dan kawalan jangkitan seperti proses nyah kuman dan nyah cemar telah dijalankan di kedai makan tersebut.

Next Post Previous Post