Situasi Terkini - KLUSTER BENTEND LD

Ingin dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan dua (2) kes baharu (kes ke-9395 dan kes ke-9396) dilaporkan bagi Kluster Benteng LD di negeri Sabah. Kes ke-9395 merupakan kontak rapat kepada kes ke-9351. Kes bergejala pada 1 September dan dimasukkan ke Hospital Tawau pada 2 September 2020. Beliau dikesan positif dan dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi untuk mendapat rawatan lanjut. Bagi kes ke-9396, beliau merupakan anak saudara kepada kes ke-9395. Kes dikesan positif pada 5 September 2020 dan dimasukkan ke Hospital Tawau untuk rawatan.

Sehingga 6 September 2020, seramai 776 orang telah disaring dalam kluster ini. Dua (2) kes baharu dilaporkan dalam kluster Benteng LD pada hari ini dan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 adalah sebanyak 16 kes. Pecahan saringan mengikut daerah yang terbabit adalah seperti berikut:

Lahad Datu (420 disaring):

  • 7 kes dikesan positif COVID-19;
  • 259 individu negatif; dan
  • 154 individu masih menunggu keputusan.

Tawau (356 disaring):

  • 9 kes dikesan positif COVID-19;
  • 67 individu negatif; dan
  • 280 individu masih menunggu keputusan.

Pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) dan saringan kontak rapat telah dijalankan.

Next Post Previous Post