Kemaskini Negeri Sehingga 07 Oktober 2020

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

Sabah: 282 kes

  • 183 kes saringan komuniti;
  • 71 kes saringan bergejala;
  • 22 kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
  • Dua (2) kes daripada Kluster Laut;
  • Dua (2) kes saringan kemasukan ke hospital; dan
  • Satu (1) kes saringan rujukan ke hospital;
  • Satu (1) kes saringan pra pembedahan; dan
  • Satu (1) kes saringan tahanan.

Kedah: 153 kes

  • 139 kes daripada Kluster Tembok; dan
  • 14 kes daripada Kluster Bah Sintok.

Selangor: 19 kes

  • Tujuh (7) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah). Ini termasuk satu (1) kes daripada Kluster Selasih;
  • Empat (4) kes daripada Kluster Jalan Meru;
  • Tiga (3) kes saringan bergejala;
  • Dua (2) kes daripada Kluster Benteng PK;
  • Satu (1) kes daripada Kluster Embun;
  • Satu (1) kes saringan kontak rapat kepada kes positif COVID-19; dan
  • Satu (1) kes saringan kendiri.

Pulau Pinang: Tujuh (7) kes

  • Enam (6) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Penjara Reman; dan
  • Satu (1) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19.

Johor: Enam (6) kes

  • Lima (5) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah); dan
  • Satu (1) kes daripada Kluster Selasih.

Perak: Empat (4) kes

  • Dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bah Puchong;
  • Satu (1) saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah); dan
  • Satu (1) saringan kontak rapat kepada kes positif COVID-19.

Terengganu: Empat (4) kes

  • Dua (2) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
  • Satu (1) kes daripada Kluster Bah Tanjung.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: Tiga (3) kes

  • Satu (1) kes saringan masuk Sarawak;
  • Satu (1) kes saringan pra pembedahan; dan
  • Satu (1) kes saringan pra perkahwinan.

Sarawak: Tiga (3) kes

  • Dua (2) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah); dan
  • Satu (1) kes o saringan Pintu Masuk Domestik.

Pahang: Dua (2) kes

  • Satu (1) kes saringan sebelum ke luar negara; dan
  • Satu (1) kes saringan pra pembedahan.

Wilayah Persekutuan Putrajaya: Dua (2) kes

  • Satu (1) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
  • Satu (1) kes saringan kemasukan ke hospital (pengiring).

Negeri Sembilan: Satu (1) kes saringan pra-pembedahan.

Kelantan: Satu (1) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19.

Next Post Previous Post