Kluster Baharu : KLUSTER UDIN

KKM ingin memaklumkan bahawa satu kluster baharu telah dilaporkan hari ini di Tawau, Sabah. Kes indeks kluster ini (iaitu kes ke-9894) adalah seorang perempuan warganegara Malaysia berumur 72 tahun. Kes indeks dikesan positif COVID-19 hasil saringan warga emas yang dijalankan di Klinik Kesihatan Merotai, Tawau pada 12 September 2020.

Susulan itu, saringan kontak rapat telah dijalankan dan 2 lagi dikesan positif COVID-19 pada 22 September 2020. Kedua-dua kes positif ini melibatkan warganegara Filipina. Mereka tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Tawau untuk rawatan.

Sehingga 23 September 2020, 12:00 tengah hari, sejumlah 128 individu telah disaring. Keputusan saringan adalah seperti berikut:

  • 3 dikesan positif COVID-19;
  • 71 dikesan negatif COVID-19; dan
  • 54 individu menunggu keputusan.

Langkah pencegahan jangkitan termasuk proses nyah kuman dan proses pembersihan telah dijalankan di lokasi-lokasi yang terlibat. Punca jangkitan adalah masih dalam siasatan.

Next Post Previous Post