COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat empat (4) kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini iaitu di negeri; • Sabah – Satu (1) kluster; • Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya – Satu (1) kluster; • Perak – Satu (1) kluster; dan • Wilayah Persekutuan Labuan – Satu (1) kluster.

1) KLUSTER OLIVE, SABAH

Kluster baru ini melibatkan daerah Hulu Langat di negeri Selangor dan daerah Kota Marudu dan Penampang di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-11489) telah dikenal pasti di Selangor hasil saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah). Kes dikesan positif COVID-19 pada 2 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 16 lagi kes positif COVID-19.

2) KLUSTER BAH PASIR, NEGERI SEMBILAN DAN WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA

Kluster baru ini melibatkan daerah Port Dickson di Negeri Sembilan dan daerah Putrajaya di Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-14329) telah dikenal pasti hasil saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah). Kes dikesan positif COVID-19 pada 8 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti empat (4) lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 15 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 82 individu telah disaring, di mana: • Lima (5) kes dikesan positif COVID-19;
• 74 individu negatif; dan • Tiga (3) individu masih menunggu keputusan.

3) KLUSTER BAH PENGKALAN, PERAK

Kluster baharu ini melibatkan daerah Hulu Perak di negeri Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-14345 dan kes ke-14346) telah dikenal pasti hasil saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah). Kes dikesan positif COVID-19 pada 8 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 5 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 15 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 330 individu telah disaring, di mana: • Enam (6) kes dikesan positif COVID-19;
• 47 individu negatif; dan • 277 individu masih menunggu keputusan.

4) KLUSTER SAGUKING, WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

Kluster baru ini melibatkan daerah Labuan di Wilayah Persekutuan Labuan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-15657) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan kemasukan ke Hospital Labuan pada 11 Oktober 2020. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti empat (4) lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 15 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 43 individu telah disaring, di mana: • Lima (5) kes dikesan positif COVID-19;
• Tiga (3) individu negatif; dan • 35 individu masih menunggu keputusan.

Next Post Previous Post