Status Terkini EMPAT Kluster di SABAH dan SATU Kluster di KEDAH (28 Sept 2020)

Kluster Bangau-Bangau, Sabah

Terdapat 46 kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Bangau-Bangau pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak 225 kes. Sehingga 28 September 2020 jam 12 tengah hari, sejumlah 369 individu telah disaring dalam kluster ini. Pecahan jumlah saringan adalah seperti berikut:

  • 225 kes dikesan positif COVID-19 (46 kes baharu);
  • 37 individu dikesan negatif COVID-19; dan
  • 107 individu masih menunggu keputusan.

Daripada jumlah 225 kes positif COVID-19, 172 kes adalah di kalangan warganegara Malaysia manakala 53 adalah bukan warganegara.


Kluster Benteng LD, Sabah

Terdapat 39 kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Benteng LD pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak 873 kes. Sehingga 28 September 2020 jam 12:00 tengah hari, sejumlah 11,042 individu telah disaring dalam kluster ini. Pecahan saringan mengikut daerah yang terbabit adalah seperti berikut:

Tawau (8,439 disaring):

  • 649 kes dikesan positif COVID-19 (34 kes baharu dilaporkan);
  • 6,395 individu negatif
  • 1.395 individu masih menunggu keputusan.

Lahad Datu (2,596 disaring):

  • 220 kes dikesan positif COVID-19 (5 kes baharu dilaporkan);
  • 2,142 individu negatif; dan
  • 234 individu masih menunggu keputusan.

Kinabatangan (5 disaring):

  • 2 kes dikesan positif COVID-19; dan
  • 3 individu negatif.

Sandakan (2 disaring):

  • 2 kes dikesan positif COVID-19.

Berdasarkan keseluruhan jumlah saringan yang telah dilaksanakan sehingga kini bagi Kluster Benteng LD, pecahan saringan melibatkan:

  • 1,773 orang banduan dan tahanan di mana 675 kes dikesan positif COVID-19;
  • 1,173 orang kakitangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu dan Penjara Tawau di mana 25 kes dikesan positif COVID-19;
  • 1,398 orang kontak ahli keluarga kakitangan dan banduan di mana 31 kes dikesan positif COVID-19;
  • 1,565 orang pegawai agensi kerajaan lain, tiada kes dikesan positif COVID-19; dan
  • 5,133 kontak sosial di mana 142 kes dikesan positif COVID-19.

Daripada jumlah 873 kes positif COVID-19, 519 adalah di kalangan warganegara Malaysia manakala 354 adalah bukan warganegara yang melibatkan negara:

  • Filipina (223 kes);
  • Indonesia (130 kes); dan
  • Timor-Leste (1 kes).

Jumlah kes akan sentiasa dikemaskini dan kategori bagi kes positif mungkin akan berubah bergantung kepada maklumat terkini hasil siasatan di lapangan.


Kluster Pulau, Sabah

Terdapat dua (2) kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Pulau pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak 49 kes. Sehingga 28 September 2020 jam 12:00 tengah hari, sejumlah 931 individu telah disaring dalam kluster ini. Pecahan jumlah saringan mengikut daerah adalah seperti berikut:

Kunak (788 individu disaring):

  • 43 kes dikesan positif COVID-19 (2 kes baharu);
  • 397 individu negatif; dan
  • 348 individu menunggu keputusan.

Semporna (143 individu disaring):

  • Enam (6) kes dikesan positif COVID-19;
  • 37 individu negatif; dan
  • 100 individu masih menunggu keputusan.

Daripada jumlah 49 kes positif COVID-19, 44 kes adalah di kalangan warganegara Malaysia manakala lima (5) kes adalah bukan warganegara yang melibatkan negara:

  • Filipina (4 kes); dan
  • Pakistan (1 kes).


Kluster Buang Sayang, Sabah

Terdapat satu (1) kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Buang Sayang pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak sembilan (9) kes. Sehingga 28 September 2020 jam 12:00 tengah hari, sejumlah 292 individu telah disaring dalam kluster ini. Pecahan jumlah saringan mengikut daerah adalah seperti berikut:

Sabah (130 disaring):

  • 6 kes dikesan positif COVID-19 (1 kes baharu);
  • 17 individu negatif; dan
  • 107 individu masih menunggu keputusan.

Negeri Sembilan (122 disaring):

  • 2 kes dikesan positif COVID-19;
  • 5 individu negatif; dan
  • 115 individu masih menunggu keputusan.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (40 disaring):

  • 1 kes dikesan positif COVID-19;
  • 37 individu negatif; dan
  • 2 individu masih menunggu keputusan.

Kesemua sembilan (9) kes positif COVID-19 dalam kluster ini merupakan warganegara Malaysia.


Kluster Sungai, Kedah

Terdapat satu (1) kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Sungai pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak 99 kes. Sehingga 28 September 2020 jam 12:00 tengah hari, sejumlah 25,399 individu telah disaring dalam kluster ini. Pecahan jumlah saringan mengikut negeri adalah seperti berikut:

Kedah (25,179 individu disaring):

  • 98 kes dikesan positif COVID-19 (1 kes baharu);
  • 25,059 individu negatif; dan
  • 22 individu menunggu keputusan.

Pulau Pinang (142 individu disaring):

  • 142 individu negatif.

Perlis (78 individu disaring):

  • Satu (1) kes dikesan positif COVID-19; dan
  • 77 individu negatif.

Daripada 99 kes positif dalam kluster ini, 98 merupakan warganegara Malaysia dan satu (1) kes merupakan warganegara Thailand.


Saringan kontak rapat dan aktiviti pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) bagi kluster-kluster ini masih diteruskan dan status terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Next Post Previous Post