COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

Klik Untuk Capaian Melalui FB Video - PART 1
Klik Untuk Capaian Melalui FB Video - PART 2

KENYATAAN AKHBAR KETUA PENGARAH KESIHATAN KKM : BAHASA MELAYU | [ENGLISH]()

Terkini #COVID19Malaysia 1 Sept 2020

  • Kes sembuh= 21
  • Jumlah kes sembuh= 9,075
  • Kes positif= 14
  • (kes import=5, kes tempatan=9)
  • Jumlah positif= 9,354
  • Kes kematian= 1
  • Jumlah kes kematian= 128
  • Kes dirawat di ICU= 5
  • Bantuan Alat Pernafasan= 3

Nasihat berkaitan COVID-19 (klik gambar untuk besarkan)

TERUS PATUH KEPADA S.O.P

Muat turun aplikasi MySejahtera untuk membantu usaha Kerajaan memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 di Malaysia!

LAPORAN HARIAN

Dukacita dimaklumkan bahawa terdapat 1 kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 128 kes (1.37 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). Kes kematian ke-128 (kes ke-9174) merupakan perempuan warganegara Malaysia berumur 80 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit barah paru-paru dan darah tinggi. Beliau merupakan salah satu kes positif yang telah dilaporkan pada 15 Ogos 2020 dalam Kluster Tawar. Beliau mula mengalami gejala demam dan sakit dada sejak 6 Ogos 2020 dan telah dimasukkan ke sebuah pusat perubatan.

Pada 14 Ogos 2020, beliau dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang setelah didapati positif COVID-19. Keadaan kesihatan beliau merosot dengan komplikasi daripada penyakit barah, justeru memerlukan bantuan pernafasan sejak 24 Ogos 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 1 September 2020 jam 10.38 pagi. KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga beliau.

Next Post