Terdapat 1 kes baharu dilaporkan bagi Kluster Tawar di negeri Kedah, justeru menjadikan jumlah kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini sebanyak 75 kes. Sehingga 1 September 2020 jam 12 tengah hari, seramai 17,880 orang telah disaring dalam kluster ini. Pecahan saringan mengikut negeri yang terbabit adalah seperti berikut:
i. Kedah (17,335 disaring):
ii. Pulau Pinang (kekal 534 saringan):
iii. Perak: Kekal 11 saringan, di mana semua adalah negatif. Tiada saringan baharu.
Terdapat 1 kes baharu dilaporkan bagi Kluster Telaga di negeri Kedah, justeru menjadikan jumlah kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini sebanyak 6 kes.
Sehingga 1 September 2020 jam 12 tengah hari, seramai 1,008 orang telah disaring dalam kluster ini termasuk saringan di negeri Pulau Pinang [iaitu satu (1) saringan setakat ini] yang masih menunggu keputusan. Saringan di negeri Kedah pula adalah seperti berikut:
Pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) dan saringan kontak rapat masih diteruskan bagi kedua-dua kluster ini.