HEAT MAP KAWASAN AKTIF SEPANJANG PKPB DILAKSANAKAN
Sabah catat 529 kes baharu hari ini. Daripada jumlah itu, 205 adalah dari kluster-kluster sedia ada. 203 kes daripada saringan kontak rapat dan 121 kes adalah daripada lain-lain saringan. Beaufort telah bertukar kepada zon kuning hari ini selepas mencatatkan kes bawah 41. Secara keseluruhan zon kuning di Sabah kini meningkat kepada 10 daerah termasuk Beaufort.
Selangor catat 55 kes baharu termasuk 1 kes import BWN dari Bangladesh. 18 daripadanya adalah dari kluster-kluster sedia ada manakala 22 lagi saringan kontak rapat. Baki 14 adalah daripada lain-lain saringan.
LAPORAN KLUSTER COVID-19 DI MALAYSIA
33 kluster sedia ada melaporkan kes baharu hari ini. Tiada kluster baharu dilaporkan hari ini. Kluster Rumah Merah catat tertinggi (111) diikuti Penjara Kepayan (26).
KLUSTER AKTIF
Laporan Kluster Covid-19 Yang Aktif di Malaysia
TABURAN KES
PERGERAKAN 14 HARI TABURAN KES MENGIKUT DAERAH DI MALAYSIA
Daerah warna hijau: tidak ada kes dlm 14 hari
Daerah warna kuning: ada 1-40 kes dlm 14 hari
Daerah warna merah: ada 41 kes atau lebih dlm 14 hari
LAPORAN PENGEMBARA & PEMASTAUTIN TETAP MALAYSIA POSITIF COVID-19
LAPORAN SARINGAN COVID-19
BERITA DUNIA
Jumlah kes dunia telah mencecah hampir 45.4 juta kes dengan terdapat 8 negara yang mempunyai jumlah kes melebihi 1 juta. Kes harian paling tinggi adalah dari negara Amerika Syarikat.
Jumlah kesembuhan pada masa kini adalah 32.5 juta kes dengan 81 negara mempunyai jumlah kesembuhan melebihi 90%.
Bagi jumlah kematian pula adalah hampir 1.2 juta kes. Terdapat 58 negara yang mempunyai kadar kematian melbihi 2.62%.