KKM juga ingin memaklumkan terdapat sembilan (9) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

1. KLUSTER LINTAS SERAYA

Kluster ini melibatkan daerah Kota Kinabalu dan Penampang di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-108849) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 30 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 3 Januari 2021, sejumlah 42 individu telah disaring, di mana 16 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

2. KLUSTER TAPAK BINA PERDANA AVENUE

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 30 Disember 2020 hasil saringan bersasar yang dilakukan ke atas pekerja sebuah tapak binaan. Sehingga 3 Januari 2021, sejumlah 783 individu telah disaring, di mana 202 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

3. KLUSTER OSMO JAYA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 15 Disember 2020 hasil saringan bersasar di tempat kerja. Sehingga 3 Januari 2021, sejumlah 188 individu telah disaring, di mana 46 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

4. KLUSTER BELATI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru, Kota Tinggi, Kulai, dan Pontian di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-108193) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 29 Disember 2020 melalui saringan bersasar di tempat kerja. Sehingga 3 Januari 2021, sejumlah 277 individu telah disaring, di mana 44 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

5. KLUSTER WAWASAN GADING

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Batu Pahat di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-84752) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 14 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 3 Januari 2021, sejumlah 175 individu telah disaring, di mana 13 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

6. KLUSTER RENGIT SENTRAL

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Tinggi, Kluang, dan Johor Bahru di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-106476) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 28 Disember 2020 hasil saringan sebelum pulang ke negara asal. Sehingga 3 Januari 2021, sejumlah 141 individu telah disaring, di mana 10 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

7. KLUSTER MANIK

Kluster ini melibatkan daerah Kuala Krai di Kelantan dan daerah Dungun di Terengganu. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-106678) merupakan kes Influenza-like Illness (ILI) yang telah dilaporkan positif COVID-19 pada 28 Disember 2020. Sehingga 3 Januari 2021, sejumlah 168 individu telah disaring, di mana 22 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

8. KLUSTER PALOH TUMPAT

Kluster ini melibatkan daerah Tumpat di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-112986) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 31 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 3 Januari 2021, sejumlah 39 individu telah disaring, di mana 15 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

9. KLUSTER STUTONG

Kluster ini melibatkan daerah Kuching di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-115005) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 1 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 3 Januari 2021, sejumlah 51 individu telah disaring, di mana lima (5) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Next Post Previous Post