KKM juga ingin memaklumkan terdapat empat (6) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

1. KLUSTER JALAN KLINIK

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 8 Januari 2021 melalui saringan bersasar di sebuah kilang. Sehingga 8 Januari 2021, sejumlah 448 individu telah disaring, di mana 132 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

2. KLUSTER TAPAK BINA HEVEA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 28 Disember 2020 melalui saringan bersasar di sebuah tapak binaan. Sehingga 8 Januari 2021, sejumlah 650 individu telah disaring, di mana 30 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

3. KLUSTER BUKIT BELIMBING

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling dan Klang di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 2 Disember 2020 melalui saringan bersasar di sebuah syarikat. Sehingga 8 Januari 2021, sejumlah 912 individu telah disaring, di mana 33 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

4. KLUSTER KAURAN

Kluster ini melibatkan daerah Keningau di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-108646) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 30 Disember 2020 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 8 Januari 2021, sejumlah 423 individu telah disaring, di mana 55 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

5. KLUSTER KAPITAL

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-126879) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 7 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 8 Januari 2021, sejumlah 165 individu telah disaring, di mana 72 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

6. KLUSTER SETAPAK INDAH

Kluster ini melibatkan daerah Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-126802) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 7 Januari 2021 hasil saringan kendiri. Sehingga 8 Januari 2021, sejumlah 43 individu telah disaring, di mana 16 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Next Post Previous Post