KKM juga ingin memaklumkan terdapat lima (5) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

1. KLUSTER JALAN GALAH

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 13 Disember 2020 melalui saringan bersasar di sebuah kilang. Sehingga 31 Disember 2020, sejumlah 90 individu telah disaring, di mana 22 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

2. KLUSTER JALAN DATUK

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Titiwangsa, Kepong, dan Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; daerah Klang dan Hulu Langat di Selangor; serta Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-103899) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 26 Disember 2020 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 31 Disember 2020, sejumlah 34 individu telah disaring, di mana 23 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

3. KLUSTER KAMPUNG BAHARU

Kluster ini melibatkan daerah Johor Bahru dan Pontian di Johor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 23 Disember 2020 melalui saringan bersasar di sebuah kilang dan saringan kontak rapat. Sehingga 31 Disember 2020, sejumlah 194 individu telah disaring, di mana 35 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini

4. KLUSTER PEKELILING

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di negeri Johor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 21 Disember 2020 melalui saringan bersasar di sebuah kilang. Sehingga 31 Disember 2020, sejumlah 185 individu telah disaring, di mana 27 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini

5. KLUSTER JALAN RASAH

Kluster ini melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan serta Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-98370) merupakan kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 23 Disember 2020. Sehingga 31 Disember 2020, sejumlah 47 individu telah disaring, di mana 17 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Previous Post