Kluster Baharu - KLUSTER JALAN APAS

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat satu kluster baharu telah dikenalpasti di Selangor. Kes indeks bagi kluster iaitu kes ke-10782 dan kes ke-10783 merupakan pasangan suami isteri warganegara Malaysia yang mempunyai sejarah perjalanan ke Tawau dan Semporna, Sabah daripada 13 hingga 16 September 2020. Kedua-dua kes indeks mula bergejala demam, batuk, dan selesema pada 18 September 2020 yang kemudian mendapatkan rawatan di pusat perubatan pada 19 September 2020. Mereka kemudian dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang pada 24 September 2020, didapati positif COVID-19 pada 26 September 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

Hasil saringan kontak rapat mendapati enam (6) lagi kes positif COVID-19 pada 27 September 2020. Sehingga kini, seramai 66 individu telah disaring. Daripada jumlah ini:

  • Lapan (8) kes dikesan positif COVID-19 (6 kes baharu);
  • 56 individu adalah negatif; dan
  • Dua (2) individu masih menunggu keputusan.

Langkah pencegahan dan kawalan jangkitan seperti proses pembersihan dan nyah kuman telah dijalankan di lokasi-lokasi yang terbabit. Punca jangkitan masih dalam siasatan.

Next Post Previous Post