Klik Untuk Capaian Melalui FB Video

KENYATAAN AKHBAR KETUA PENGARAH KESIHATAN KKM : BAHASA MELAYU | ENGLISH

Terkini #COVID19Malaysia 6 Okt 2020

  • Kes sembuh=87
  • Jumlah kes sembuh= 10,427 kes
  • Kes positif= 691
  • (kes import=3, kes tempatan=688)
  • Jumlah positif= 13,504 kes
  • Kes kematian= 4
  • Jumlah kes kematian= 141 kes
  • Kes dirawat di ICU= 31 kes
  • Bantuan Alat Pernafasan= 8 kes

Lebih separuh jumlah kes iaitu 394 kes dari Kluster Tembok, Kedah yang mana kesemua mereka terasing dari orang awam. Justeru, risiko penularan jangkitan amat rendah dan terkawal. Di Sabah pula, 219 kes dari zon merah iaitu kawasan PKPB secara pentadbiran.

Nasihat berkaitan COVID-19 (klik gambar untuk besarkan)

Putus Covid Putus Covid Putus Covid

TERUS PATUH KEPADA S.O.P

Muat turun aplikasi MySejahtera untuk membantu usaha Kerajaan memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 di Malaysia!

LAPORAN HARIAN

394 kes daripada 691 kes hari ini dari Kluster Tembok dan di Sabah pula, 219 kes adalah dari zon-zon merah. Hanya 9 daerah dalam zon merah iaitu 7 di Sabah (PKPB telah dan akan dilaksanakan) dan 2 di Semenanjung - Kota Setar (Kluster Tembok) dan Klang.

Hanya daerah Kota Setar di Kedah yang berada dalam kategori zon merah. Kedah merekodkan 397 kes baharu hari ini dan hampir kesemua iaitu 394 kes dari Kluster Tembok (penjara). Selebihnya iaitu 3 kes lagi dari Kluster Bah Sintok.


Dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan 4 kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 141 kes (1.04 peratus daripada jumlah keseluruhan kes):

  • Kes kematian ke-138 (iaitu kes ke- 11154) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 60 tahun. Kes telah dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent Sandakan pada 25 September 2020. Saringan COVID-19 didapati positif pada 26 September 2020. Keadaan kes didapati merosot dan disahkan meninggal dunia pada 4 Oktober 2020 jam 6.50 pagi.
  • Kes kematian ke-139 (iaitu kes ke-12431) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 60 tahun. Kes mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Semporna pada 1 September 2020. Saringan COVID-19 didapati positif pada 30 September 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 4 Oktober 2020 jam 5.05 pagi.
  • Kes kematian ke-140 (iaitu kes ke-12432) merupakan bayi lelaki warganegara Malaysia berumur 1 tahun. Kes dibawa mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Semporna pada 1 Oktober 2020. Keadaan kesihatan kes didapati merosot dan memerlukan bantuan pernafasan. Saringan COVID-19 didapati positif pada 5 Oktober 2020. Kes disahkan meninggal dunia pada 5 Oktober 2020 jam 4.25 petang.
  • Kes kematian ke-141 (iaitu kes ke-13067) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 85 tahun. Kes mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi dan penyakit kesihatan mental. Kes ditemui tidak sedar diri pada 5 September 2020, jam 7 pagi dan terus dibawa terus ke Hospital Pulau Pinang. Kes didapati tidak bernafas di Hospital Pulau Pinang dan disahkan meninggal dunia 5 September 2020 jam 7.50 pagi. Saringan COVID-19 dikesan positif.

KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

Next Post Previous Post