Kemaskini Negeri Sehingga 04 Julai 2020

10 kes baharu yang dilaporkan, tujuh (7) kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan semua warganegara Malaysia. Daripada tiga (3) kes penularan di dalam negara, satu (1) kes adalah bukan warganegara iaitu kes saringan Orang Kena Tahan (OKT) di Seremban, Negeri Sembilan sebelum dipindahkan ke penjara. Dua (2) kes adalah di kalangan warganegara Malaysia.

Berikut adalah perincian kes-kes tersebut:

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur:

  • satu (1) kes saringan pra pembedahan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM. Kes tersebut telah dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh;

Sabah:

  • satu (1) kes saringan petugas kesihatan yang telah tamat bertugas di sebuah pusat kuarantin di Likas.

Selangor

  • 7 kes (Jangkitan Import – 7 WN)

Negeri Sembilan

  • 1 kes (Jangkitan Tempatan –1 BWN)

Next Post Previous Post